24.8.11

.:5 Benefits beli barang terpakai:.

Kebaikan beli barang terpakai (source from artikel di internet)  

Sebenarnya ada banyak kebaikan beli barangan terpakai, contohnya:

1. Environment friendly. Kita recycle, reuse and reduce maka secara tak langsung, alam sekitar terpelihara.

2. Jimat duit. kebiasaannya barangan second hand ni murah compared to new stuff, melainkan kalau barangan terpakai tu limited edition. Kalau pandai cari, boleh jumpa baju bundle yang masih cantik dan elok untuk dipakai dengan harga semurah RM10 untuk
 3 helai. ada juga tempat yang jual RM1 sehelai.

3. Kurang risiko untuk pakai barang sama dengan orang lain. Mostly, barang-barang terpakai ni, especially vintage stuff, adalah sangat unik and in good quality. Yelah, kalau kualiti tak bagus takkan boleh tahan sampai berpuluh-puluh tahun. Bagi siapa-siapa yang tak suka pakai barang sama dengan orang lain, like me; boleh lah try pergi vintage stuff hunting. If you're living in Johor especially Johor Bahru, Bazar JB/Pasar Karat is a good place to find vintage handbags and shoes :)

4. Ada peluang memiliki barang branded dengan harga yang sangat murah. Contohnya jeans brand Citizens of Humanity, GAP, Levi’s yang dijual dengan harga RM5-RM50 padahal harga sebenar boleh menjangkau RM300. Kiranya, dapatlah juga merasa pakai barang branded :)

5. Menyumbang kepada kebajikan. Ada kedai tertentu, for example Bless Shop (located at Semua House and Midvalley Megamall - Kuala Lumpur) yang jual baju memang for charity. Pernah juga terjumpa one shop dekat Danga City Mall, Johor Bahru yang buat business for charity purposes. Kalau shopping kat situ, secara tak langsung kita dapat buat kebajikan. Tak adalah rasa bersalah sangat shopping :P

I buy used stuff all the time. Most of the clothes in my closet are second hand/thrift/pre-loved. Selain murah, suka beli barang-barang terpakai sebab ada memori kat baju/seluar/skirt/kasut/beg tu. Ada sejarah yang buat benda-benda tu menarik.

How about you? Do you buy pre-loved stuff or... are you against it?

No comments:

Post a Comment

Spread Love <3