23.11.11

Andainya....

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah
segalanya di hatinya.


ANDAI LELAKI TAHU

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu.Lihat saja pasangan yang baru
bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah
semakin bertambah saying mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih
dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu
anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan
anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa
depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak
percayakan anda, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih
mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan
sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya
terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya
mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan
kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk
dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup
dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa
dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang
mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak
menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga
melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu
sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila
berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu
lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana
dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat
sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di
matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah
yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap
yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia
bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan
kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia
menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong
tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda
pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia
benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk
mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah
yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan
perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah
menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan
perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka
saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan
menyempurnakan .Perempuan itu diciptakan oleh
Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu
satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya.Biarpun zahirnya perempuan
itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula
membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan
membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal
menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang
terbaik untuk anak2 anda.


ANDAI PEREMPUAN TAHU

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita…

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

source: aidanatasya.com

No comments:

Post a Comment

Spread Love <3